BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

GEE


I made this widget at MyFlashFetish.com.

pic

Wednesday, February 3, 2010

sAhAbAt

SAHABAT
teman yang lagi baik anda jauhi ialah yang terlalu taksub tentang diri sendiri. Segala-galanya hanyalah tentang dirinya. Kalau anda keluar makan bersamanya, dia tak akan endahkan tentang anda tetapi hanya akan berbual tentang dirinya saja. Biasanya, teman ini suka cakap besar, baik tentang dirinya, telefon bimbit yang baru dibeli atau teman lelaki atau temanitanya yang baru ditemui. Kononnya, nasibnya tu jauh lebih baik daripada anda. Dan hanya pandangannya sajak yang bijak.

Enam ciri sahabat yang memaksa anda ‘kibar bendera putih’

Ada teman merupakan penawar dan akan mengubati segala kedukaan dan kelukaan di hati anda. Tidak kurang pula yang merupakan racun yang akan memusnahkan kegembiraan anda dengan lemparan kata-kata nista.
Pada usia remaja, teman-teman membentuk rangkaian hubungan yang amat dihargai di kala anda lebih banyak menghabiskan masa di sekolah dan luar rumah, berbanding ketika zaman kanak-kanak dulu.
Namun, dalam bersahabat pun, kita perlu hati-hati agar tidak mudah diperdaya dengan tabiat buruk teman-teman yang boleh mempengaruhi dengan sikap negatif atau akhirnya menimbulkan masalah bagi diri kita.
Nak tahu enam jenis teman yang tidak wajar anda dekati, lantas memaksa anda ‘mengibar bendera putih’ untuk menjauhi dirinya?

1) ‘Gila Aset’… Baik? Ada makna tu…
Mereka hanya akan dekati anda kalau anda kebetulan merupakan anak orang kaya dengan jawatan tinggi. Atau mungkin anda mempunyai abang yang tampan atau kakak yang cantik untuk mereka dekati. Di kesempatan yang ada, mereka akan tampil ‘menumpang kekayaan’ anda dan tidak langsung mempedulikan diri anda.
Ada pula yang akan mengambil kesempatan meminjam wang atau barangan anda tanpa ingin memulangkannya.
Mereka juga mudah meminta anda membantu mereka tetapi apabila anda yang ‘kesempitan’, mereka pula menjauhkan diri.
Teman jenis ‘baik tapi ada makna ni’ tidak wajarlah anda jadikan sahabat baik. Tugas mereka hanya mengikis harta benda anda.

2) Bagaikan dunia dia yang punya….
Teman yang lagi baik anda jauhi ialah yang terlalu taksub tentang diri sendiri.
Segala-galanya hanyalah tentang diri sendiri. Kalau anda keluar makan bersamanya, dia tak akan endahkan tentang anda tetapi hanya akan berbual tentang dirinya saja.
Sedikit pun dia tak akan tanya bagaimana hari anda atau perasaan anda serta aktiviti harian anda.
Biasanya, teman ini suka cakap besar, baik tentang dirinya, telefon bimbit yang baru dibeli atau teman lelaki atau temanitanya yang baru ditemui.
Kononnya, nasibnya itu jauh lebih baik daripada anda. Dan hanya pandangannya saja yang bijak.

3) ‘Muka banyak masalah’, seakan memberitahu anda: “Kasihanilah aku…”
Pernahkah anda temui teman yang hanya akan datang kepada anda untuk dapatkan batuan dan nasihat?
Tetapi, apabila anda ingin menasihati, dia pula yang jadi seba tak keruan dan enggan mendengar. Alahai, anda dah sudi luangkan masa untuk bantu huraikan masalah mereka tetapi mereka payah menerima. Jadi, buat apa mereka ceritakan masalah mereka tu ya? Buang current pula.

4) ‘Melekat 24 jam’ dengan anda.
Teman ini tidak sedikit pun memberi anda ruang privasi. Dia akan mengekori anda ke mana-mana. Dia seakan enggan berkongsi anda dengan orang lain.
Asal nampak anda dengan orang lain, dia jadi cemburu. Tapi apabila dia dah jumpa teman istimewa, dia mudah saja mengetepikan anda. Alahai, ‘rimas’ juga ya kalau ada teman macam ni? Nak bernafas pun payah!!!

5) ‘Plastik’ dan berjanji palsu.
Dia akan senyum kepada anda. Tetapi senyumannya seakan tidak ikhlas. Apabila dikelilingi teman-teman lain, dia akan memperkecilkan anda.
Apabila dia buat silap, dia tidak akan mengaku tetapi akan menyalahkan anda jika dia terkesan kesilapan anda.
Biasanya, jenis teman ‘plastik’ ini hanya akan membuat anda tertunggu-tunggu. Alasannya pula banyak selepas dia berjanji menghubungi anda tetapi akhirnya tak jadi berbuat begitu.

6) Memandang ‘bulu’.
Apa salahnya kaum anda? Anda orang Jawa, orang Boyan atau orang India – apa ada kena-mengena dengan ciri-ciri tertentu yang dikaitkan dengan anda?
Jika si teman gemar membuat andaian kerana percaya bulat-bulat pada kata-kata orang tentang ciri-ciri yang dikaitkan dengan perkauman seseorang, dia bukanlah teman yang bijak.
Tambahan pula, jika si teman ini tergamak menghina kaum anda dan keturunan datuk-moyang anda, lupakan sajalah.


TIP ELAK DIRI DARI MERANA KERANA TEMAN…
o Usah menetapkan terlalu banyak jangkaan dan syarat-syarat dalam bersahabat. Ini hanya akan memerangkap orang lain dalam dimensi anda yang tidak semestinya selari dengan jangkaan dan keperluan mereka.
o Biarkan persahabatan itu berkembang dan berubah dengan sendirinya. Izinkan teman anda menjadi individu unik. Usah memaksanya menjadi seperti anda.
o Jika teman anda dalam kesukaran atau dia bertindak sehingg amenyakiti hati anda, usah mudah marah dan cuba memahami masalahnya.

0 comments: